Penduduk kongsi situasi selepas banjir di Hulu Langat


  • Massa
  • Ahad, 19 Dis 2021

PENDUDUK Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor mula membersihkan kediaman masing-masing selepas dilanda banjir pada Ahad. — Bernama

HUJAN berterusan sejak Jumaat dan berlarutan sehingga Sabtu menyebabkan beberapa lokasi di Lembah Klang khususnya mengalami banjir.

Warganet juga turut berkongsi rakaman gambar dan video keadaan banjir di kawasan mereka.

Seorang pengguna Facebook, Rashidah Shida juga berkongsi keadaan selepas banjir melanda di Hulu Langat Selangor.

Video berdurasi 1 minit 27 saat itu memaparkan kebanyakan kereta terbalik manakala rumah yang berdekatan dengan kawasan sungai ditenggelami air serta tanah pecah.

KREDIT — Facebook Rashidah Shida

Setakat artikel ini ditulis, video itu menerima 136 likes dan dikongsi 87 kali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

banjir, Hulu Langat, Facebook, video, warganet