Hanya Lebuhraya Karak dari Genting ke Gombak boleh dilalui


  • 112
  • Ahad, 19 Dis 2021

SITUASI di kilometer 69.5 Karak-Bentong dalam kejadian tanah runtuh di Lebuhraya Pantai Timur pada Ahad. — Bernama

LALUAN Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dari Genting menghala ke Gombak boleh dilalui manakala semua jalan lain terhalang iaitu selepas Kilometer 66, sehingga jam 9 pagi Ahad.

Anih Berhad dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, ia berikutan banjir dan tanah runtuh di sepanjang KLK dan Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) susulan hujan lebat yang berterusan sejak Sabtu.

Tambah kenyataan berkenaan, kebanyakan laluan masih terhalang dan pengguna boleh mendapatkan info semasa laluan alternatif menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram