POS Malaysia Berhad pada Ahad memaklumkan segala perkhidmatan kaunter, penghantaran dan kutipan parcel serta surat terpaksa dihentikan buat sementara di kawasan terjejas susulan banjir besar yang melanda akibat hujan lebat di kebanyakan lokasi di seluruh negara.
Menurut kenyataan Pos Malaysia, berikutan bencana itu, beberapa laluan tidak dapat diakses sehingga menjejaskan sambungan darat syarikat kurier tersebut.
Jelas Pos Malaysia, perkhidmatan akan disambung apabila keadaan kembali pulih dan laluan dibuka semula.
"Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi dan terima kasih atas kesabaran anda.
"Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami menerusi AskPos di www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia," tambah kenyataan berkenaan.
Terdahulu, gambar parcel yang didakwa terjejas akibat banjir di pusat serahan hub Pos Laju di Seksyen 33, Shah Alam tular di laman sosial. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram