JABATAN Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mengesahkan nahas kemalangan yang meragut sembilan daripada 10 sekeluarga yang menaiki Proton Wira, dirempuh treler ketika berhenti di lorong kecemasan Lebuhraya Elite menghala Shah Alam malam tadi.
Dalam nahas jam 11.40 malam di Kilometer 8.3 berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Subang Jaya, kereta berkenaan dilaporkan berhenti di lorong kecemasan kerana bateri rosak.
VIDEO tular kejadian kemalangan yang meragut 10 nyawa di Lebuhraya Elite. — Facebook
"Dua lagi kereta lain turut berheti di lorong kecemasan untuk membantu.
"Ketika kejadian hujan lebat dan permukaan jalan licin di lebuh raya itu dengan tiga lorong satu hala.
"Sebuah lori treler yang datang dari arah belakang telah merempuh ketiga-tiga kereta yang berada di lorong kecemasan selain menyeret kereta dinaiki 10 sekeluarga ke sebelah kanan lebuh raya," kata kenyataan itu.
Semua sembilan beranak dan seorang lagi pemandu kereta lain disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram