Harga kailan ikan masin cecah RM18, KPDNHEP Pulau Pinang keluar notis


  • 112
  • Isnin, 29 Nov 2021

KPDNHEP Pulau Pinang juga ke lapangan untuk menyiasat aduan itu. — Facebook

SATU notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) dikeluarkan kepada kepada peniaga sebuah restoran yang didakwa mengenakan harga RM18 untuk hidangan kailan ikan masin.

Notis berkenaan dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang susulan hantaran di media sosial mengenai hidangan tersebut pada Ahad.

Menurut KPDNHEP Pulau Pinang, pihaknya menerima makluman berkaitan isu yang ditularkan "harga terlalu mahal tidak setara kuantiti yang diberikan".

"Peniaga itu perlu memberi maklum balas berhubung NPMB dalam tempoh dua hari bekerja bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Tambahnya lagi, berikutan itu penguat kuasa KPDNHEP Pulau Pinang juga ke lapangan (restoran) untuk menyiasat aduan itu pada Ahad.

Pada Ahad, seorang pelanggan menerusi hantaran di Facebook memuat naik resit memaparkan harga keseluruhan makanan.

Individu terbabit terkejut apabila sebungkus kailan ikan masin dijual pada harga RM18. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram