Harga RON97 turun 3 sen


  • Bizz
  • Rabu, 24 Nov 2021

KERAJAAN mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global. — The Star

HARGA runcit petrol RON97 turun tiga sen kepada RM3.05 seliter bagi tempoh 25 November hingga 1 Disember.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, harga runcit RON95 dan diesel pula masing-masing kekal RM2.05 dan RM2.15 seliter untuk tempoh sama.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

diesel, RON97, RON95