RON97 naik sembilan sen, RON95, Diesel kekal


  • Primer
  • Rabu, 03 Nov 2021

HARGA berkenaan berkuatkuasa dari tempoh 4 hingga 10 November.

HARGA runcit petrol RON97 naik sebanyak sembilan sen seliter kepada RM3.06 seliter bagi tempoh 4 hingga 10 November, menurut Kementerian Kewangan (MoF) pada Rabu.

MoF dalam satu kenyataan berkata, harga runcit petrol RON95 pula kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit diesel kekal pada RM2.15 seliter.

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan itu menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, jelas MoF.

"Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga siling yang ditetapkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan bertujuan melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Tambah kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram