Polis gempur sindiket dadah Lembah Klang, suami isteri antara dicekup


  • Berita
  • Jumaat, 12 Nov 2021

POLIS menyatakan suspek dikalangan lelaki tempatan dan 1 perempuan warganegara asing berusia.
SINDIKET dadah yang aktif di Lembah Klang berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya tiga individu termasuk sepasang suami isteri dalam satu operasi oleh Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abdul Latif berkata, suspek yang ditahan merupakan dua lelaki tempatan dan seorang perempuan warganegara asing berusia dalam lingkungan 34 hingga 55 tahun.

Menurutnya, serbuan dilakukan sekitar 7.10 malam di dua kawasan berbeza iaitu Jalan Yew Pudu dan Taman Desa Petaling, Kuala Lumpur.

"Serbuan pertama dilakukan di hadapan kedai Frozen Food, Jalan Yew Pudu dan suspek pertama berjaya ditahan.

"Hasil pemeriksaan menemukan dadah jenis Methamphetamnine serta polis merampas wang tunai berjumlah RM200," katanya dalam satu kenyataan.

Sahar berkata hasil siasatan lanjut, pihak polis berjaya menahan suspek kedua di hadapan restoran, Jalan Yew Pudu dan merampas dadah jenis Methamphetamnine, wang tunai berjumlah RM 247.00 serta sebuah kereta jenis Peugeot.

Katanya serbuan kedua dijalankan di sebuah kondominium Taman Desa Petaling dan suspek wanita ditahan.

"Suspek wanita ini merupakan isteri suspek kedua. Dalam serbuan ini pihak polis merampas sejumlah dadah jenis methamphetamnine dan ketamin serta wang tunai bernilai RM5,980.

"Nilai kesuluruhan rampasan dan sitaan berjumlah RM 113,741.00," katanya.

Ketiga-tiga suspek didapati positif dadah dan dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram