Cuba memotong laluan kecemasan, 'King Myvi' disekolahkan pemandu Proton Exora


  • Tular
  • Selasa, 09 Nov 2021

PEMANDU Proton Exora tersebut dilihat secara sengaja menghalang laluan Myvi terbabit untuk memintas di lorong kecemasan. — Facebook

MEMOTONG di laluan kecemasan semasa memandu di lebuh raya bukan sahaja satu kesalahan tetapi ia juga merupakan perbuatan yang tidak bertimbang rasa dan boleh mengundang kemalangan.

Meskipun begitu masih ramai pengguna lebuhraya yang berdegil dan memilih untuk menggunakan lorong kecemasan sebagai alternatif semasa jalan sedang sesak.

Tinakan tersebut turut dirakam dan dikongsi dilaman sosial Facebook, MYVI BUAT HAL APA HARI INI oleh pemilik akaun Abd Wahab Hassan.

Hantaran video itu memaparkan sebuab kereta jenis Perodua Myvi yang cuba melalui laluan kecemasan, namun perbuatannya dihalang oleh pemandu Proton Exora.

Kenderaan itu dilihat secara sengaja menghalang laluan Myvi terbabit untuk memintas di lorong kecemasan.

Video berdurasi 1 minit 7 saat itu mendapat banyak reaksi dari pengguna Facebook yang berpendapat pemandu Proton Exora berkenaan melakukan tindakan wajar sebagai peringatan kepada pemandu Myvi berkenaan.

Ada yang mencadangkan supaya nombor pendaftaran Myvi itu diserahkan kepada pihak berkuasa supaya tindakan dapat diambil.

Majoriti cuba untuk mendapatkan maklum balas pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung perkara ini, namun masih belum mendapat sebarang respons setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

myvi, exora, lebuhraya, plus, lorong kecemasan, JPJ