SASTERAWAN Negara, Datuk Ahmad Khamal Abdullah atau lebih dikenali dengan nama pena Kemala meninggal dunia pada usia 80 tahun pada Rabu.
Menurut Facebook rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka, pemergian Allahyarham merupakan kehilangan yang besar kepada negara khasnya dalam dunia sastera tanah air.
“Warga Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Sasterawan Negara Datuk Ahmad Khamal Abdullah atau Kemala.
“Allahyarham memberikan sumbangan yang besar dalam perkembangan sastera tanah air dan nusantara. Allahyarham sentiasa memberikan kerjasama yang sangat baik dan bergiat aktif bersama-sama DBP demi bahasa dan persuratan Melayu,” kata kenyataan DBP pada Rabu.
Sementara itu, media melaporkan Ahmad Khamal meninggal dunia ketika tidur kira-kira jam 12 tengah hari.
Perkara itu dimaklumkan anaknya, Ainal Adnin Ahmad Khamal yang dalam satu kenyataan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram