DATUK Seri Najib Tun Razak tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya pada Rabu.
Bekas Perdana Menteri itu memakai sut berwarna krim memasuki bangunan berkenaan pada jam 9.56 pagi.
Ahli Parlimen Pekan itu juga ditemani oleh peguamnya, Tania Scivetti.
Difahamkan, tujuan kehadiran Najib ke Ibu Pejabat SPRM adalah bagi membuat laporan, namun setakat ini tiada maklumat terperinci mengenainya. — Sinar Harian
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram