
TIGA individu termasuk seorang eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) direman bagi membantu siasatan kes salahguna kedudukan dalam urusan projek membabitkan syarikat berkenaan.
Perintah remah terhadap ketiga-tiga tertuduh termasuk seorang wanita itu dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Rezali di Mahkamah Majistret Shah Alam.
Permohonan reman dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Selain seorang eksekutif GLC, dua lagi yang direman adalah pemilik syarikat swasta selepas disyaki turut terbabit dalam projek berkenaan.
Menurut sumber, eksekutif syarikat GLC itu menggunakan kedudukannya sebagai ketua projek untuk mengesyorkan dan melantik proksinya sebagai pengurus projek di syarikat swasta itu bagi menguruskan projek berkenaan bagi pihaknya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram