BKP dibayar mulai Selasa


  • Primer
  • Isnin, 25 Okt 2021

BKP memberi manfaat kepada kira-kira 870,00 individu yang kehilangan pendapatan. — Bernama

BANTUAN Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan dibayar secara 'one-off' mulai Selasa bagi membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bantuan berkenaan akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan pada tahun ini.

"Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam tahun 2021.

Tambah beliau, kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa terbela terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Beliau berharap semoga bantuan berkenaan dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh masih mencabar ini.

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai esok melalui Portal BKP iaitu https://bkp.hasil.gov.my dan untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram