Jangkitan melonjak, 6,630 kes baharu Covid-19 direkod


  • Primer
  • Jumaat, 22 Okt 2021

DR Noor Hisham berkata, data setiap hari bagi laman COVIDNOW akan dikemaskini sekali gus selepas tengah malam. —The Star

SEBANYAK 6,630 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat, meningkat sedikit berbanding 6,210 kes pada Khamis.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,420,222 kes setakat ini.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan memaklumkan, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: http://covidnow.moh.gov.my

"Data setiap hari bagi laman COVIDNOW akan dikemaskini sekali gus selepas tengah malam," katanya. — Majoriti

Berita selanjutnya menyusul...

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

KKM, kes baharu, Covid-19