Kerajaan tak pernah sekat rakyat kerja di luar negara, kata menteri


  • Primer
  • Selasa, 19 Okt 2021

SARAVANAN telah mengadakan perbincangan dengan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Dr Justin Lee  pada 7 September lalu berhubung visa perladangan di Australia. — Bernama

KERAJAAN tidak pernah menyekat mana-mana rakyat Malaysia yang ingin bekerja di luar negara namun individu berkenaan tertakluk kepada terma, syarat dan perundangan di negara berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dalam kenyataan pada Selasa menjelaskan kekeliruan mengenai dakwaan sekatan kepada rakyat Malaysia untuk bekerja di luar negara ekoran isu skim pekerja sektor perladangan di Australia yang dibangkitkan di Dewan Negara, baru-baru ini.

Pada 11 Oktober lalu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim dalam sesi jawapan lisan di Dewan Negara berkata, Malaysia memutuskan tidak akan mengguna pakai pendekatan Australia berhubung Skim Visa Buruh Ladang dalam sektor pertanian kerana ia menjurus kepada penawaran sebagai penduduk tetap.

Saravanan berkata, senario di Australia dan Malaysia agak mirip iaitu ramai pekerja tempatan tidak berminat menceburi sektor perladangan yang rata-ratanya melibatkan kerja 3D iaitu ‘Dangerous, Dirty and Difficult’ atau kotor, bahaya dan sukar.

Dalam hal demikian, menurutnya, kerajaan Australia memperkenalkan visa perladangan bagi menangani kekurangan pekerja sektor perladangan di negara berkenaan.

"Bagaimanapun, pendekatan yang diguna pakai oleh Australia tidak akan diikuti oleh Malaysia kerana ia menjurus kepada penawaran sebagai status penduduk tetap. Oleh itu, hal ini tiada kaitan sama sekali dengan sekatan untuk rakyat Malaysia bekerja di luar negara termasuk Australia," kata Saravanan.

Menurutnya, terdapat rakyat Malaysia yang bermastautin di luar negara untuk mencari rezeki termasuk di negara jiran terdekat seperti Singapura dan dianggarkan seramai 400,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura.

Saravanan berkata%