TELEKOM Malaysia Bhd (TM) memulakan proses migrasi atau peralihan pelanggan perkhidmatan jalur lebar, Unifi kepada protokol internet (IP) peribadi bagi membolehkan mereka menikmati sambungan yang lebih lancar dan selamat.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh syarikat berkenaan pada Jumaat, peralihan tersebut juga disebabkan oleh peningkatan penggunaan Internet yang pesat dan menyebabkan kalangan Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) global mengalami kekurangan alamat IPv4 awam.
"Usaha peralihan itu melibatkan pelanggan Unifi yang melanggan pelan pakej 30 megabit sesaat (Mbps), 50Mbps dan 100Mbps dan sedang menggunakan alamat IP IPv4 awam yang dinamik.
"Proses berkenaan akan dijalankan secara jarak jauh dari pihak kami dan pelanggan terbabit tidak perlu melakukan apa-apa atau mengambil sebarang tindakan di peringkat mereka
"Aktiviti ini sedang dijalankan dengan gangguan minimum, jika ada pun sekitar dua hingga lima minit.
"Apabila proses terbabit selesai, prestasi sambungan Internet pelanggan tidak terjejas dan pelanggan yang terbabit akan dimaklumkan dengan lebih awal,” menurut kenyataan tersebut.
Menurut TM, langkah peralihan itu akan memberi lebih jaminan keselamatan kepada pelanggan Unifi ketika melayari Internet atau menggunakan sebarang peralatan serta aplikasi dalam talian.
Bagaimanapun, jelas TM, pelanggan yang menggunakan kamera litar berteraskan IP dan hos yang dikenali, tidak akan mengalami sebarang impak kerana dikecualikan daripada langkah peralihan tersebut. — Majoriti