Kes harian Covid-19 kembali mencanak, rekod 7,950 kes


  • Massa
  • Rabu, 13 Okt 2021

DR Noor Hisham berkata. maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW. — The Star
JUMLAH kes baharu di Malaysia kembali menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 7,950 kes pada Rabu.

Angka itu menunjukkan berlaku peningkatan 674 kes berbanding catatan pada Selasa yang mencatatkan 7,276 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penambahan ini menjadikan Malaysia kini mengumpul 2,361,529 kes secara keseluruhan.

Menerusi hantaran di Facebook, Dr Noor Hisham berkata. maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW, covidnow.moh.gov.my.

"Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," katanya. — Majoriti

covid-19, KKM, kes baharu