Kes baharu Covid-19 naik ke 7,276


  • Berita
  • Selasa, 12 Okt 2021

PENAMBAHAN ini menjadikan Malaysia kini mengumpul 2,353,579 kes secara keseluruhan.

JUMLAH kes baharu di Malaysia kembali menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 7,276 kes pada Selasa.

Angka itu menunjukkan berlaku peningkatan 567 kes berbanding catatan pada Isnin yang mencatakan 6,709 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, penambahan ini menjadikan Malaysia kini mengumpul 2,353,579 kes secara keseluruhan.

Menerusi hantaran di Facebook, Noor Hisham berkata maklumat terperinci mengenai Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW, covidnow.moh.gov.my.

"Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam," katanya. — Majoriti

covid, kkm, kes harian