MESYUARAT Jemaah Menteri pada Jumaat bersetuju mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya terhadap kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib mendapat keadilan, sekali gus membawa pelaku dihadapkan ke muka pengadilan.
“Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan turut dianggotai oleh Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ismail Sabri berkata, Jemaah Menteri juga bersetuju untuk mewujudkan pasukan petugas khas bagi membuat kajian menyeluruh, meneliti serta mencadangkan opsyen-opsyen yang bersesuaian, dengan mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang antarabangsa.
Beliau berkata, usaha itu bertujuan untuk menyemak semula undang-undang mengenai permohonan semakan dan pentafsiran berkenaan kes Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh.
Katanya, pasukan petugas itu akan dipengerusikan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
“Pada masa yang sama, Jemaah Menteri juga telah membuat keputusan untuk mendapatkan pandangan undang-undang awal berkenaan tindakan undang-undang di bawah “Tort of Misfeasance” ke atas mana-mana pihak yang didapati telah melakukan kecuaian dan kekhilafan, ekoran tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran kes Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh,” katanya.
Perdana Menteri berkata, Kabinet juga bersetuju untuk menubuhkan pasukan petugas khas siasatan bagi membuat kajian awal sebelum sebarang tindakan seterusnya diambil terhadap dakwaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas di dalam bukunya yang bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.
Jelasnya, pasukan petugas khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara yang akan dilantik dalam masa terdekat, manakala Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) bertindak sebagai urusetia.
“Pasukan petugas khas siasatan yang dicadangkan ini antara lain bertujuan untuk menyiasat dakwaan Tommy Thomas mengenai penyalahgunaan kuasa dalam isu pelantikan hakim, campur tangan badan eksekutif melampau dalam badan kehakiman, pendakwaan terpilih dan bersifat politik serta pelanggaran sumpah kerahsiaan,” katanya.
Katanya, ketiga-tiga jawatankuasa yang dipersetujui oleh Jemaah Menteri itu akan diberi tempoh selama enam bulan bagi memperoleh dapatan dan cadangan yang akan dibentangkan di dalam mesyuarat Kabinet untuk tindakan susulan. — Majoriti