PENGUNDI berusia 18 tahun wajar diberikan hak untuk mengundi bagi memastikan masa depan negara ini lebih terjamin dan berubah seiring dengan peredaran masa.
Menurut Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, remaja berusia 18 tahun kini lebih matang dalam menilai baik dan buruk.
"Mereka ini yang akan merasai kehidupan pada masa hadapan melalui polisi yang kerajaan laksanakan.
"Jangan beri alasan mereka tidak matang. Sewaktu saya menjadi Ketua Menteri Sabah, kami sudah meluluskan hak mengundi untuk pengundi berusia 18 tahun di peringkat negeri.
"Cuma sekarang ini, perkara itu perlu diselaraskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tetapi kalau SPR tidak laksanakan, mereka tidak boleh mengundi," jelasnya dalam sesi wawancara khas bersama Majoriti.
Tambah Mohd Shafie, keluhan remaja kini tentang pelbagai masalah terutamanya isu pentadbiran negara perlu diterjemahkan dalam bentuk undian.
"Maka melalui undian, mereka boleh melakukan sesuatu. Apa yang penting, kemungkinan kita mampu mengubah sistem politik.
"Kalau ada adunan dari segi 'resipi' yang baharu, golongan muda boleh membuat perubahan yang drastik. Di Singapura dan Kanada misalannya, golongan muda dipilih menjadi menteri," ujar beliau.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie menegaskan beliau enggan menerima sebarang jawatan yang ditawarkan di peringkat kementerian kerana tidak mahu 'merosakkan' generasi muda.
"Apabila Warisan melebarkan sayapnya ke Semenanjung Malaysia, kami bukan kejar jawatan untuk menjadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri, kami cuma nak bimbing pemimpin muda sahaja seperti Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
"Kira-kira 70 peratus ahli parti saya adalah golongan muda dan tak nak merosakkan mereka. Saya yang lebih dewasa ini perlu membimbing mereka.
"Saya juga mempunyai pelapis muda berkelulusan dari Universiti Cambridge, England untuk diketengahkan sebagai pemimpin muda," katanya.