SEORANG ahli perniagaan berpangkat Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan pada Rabu atas pertuduhan pecah amanah berhubung patung kuil tiga tahun lalu.
Tertuduh, M Natarejan, 39, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim Diana Md Razali selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh sebagai ahli jawatankuasa Kuil Sri Balathandayuthabani diamanahkan sebuah patung batu gabro Dewa Murugan untuk tujuan pembaikan.
Bagaimanapun tertuduh didakwa melakukan pecah amanah jenayah dengan tidak mengembalikan patung asal tetapi menyerahkan patung lain.
Perbuatan tersebut dilakukan antara bulan April dan Mei 2018 di Kuil Sri Balathandayuthabani, Rantau di Seremban, Negeri Sembilan.
Berikutan itu, tertuduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan penjara tidak melebihi 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Christopher Enteri Anak Mawan menawarkan jaminan RM200,000 dengan mengambil kira anggaran patung itu yang bernilai RM2.7 juta.
Tertuduh diwakili tiga peguam diketuai Peguam M Manoharan merayu jaminan paling rendah iaitu RM5,000 dikenakan terhadap anak guamnya atas alasan ia merupakan pertuduhan kes lama.
Jelas Manoharan, tiada siapa yang dapat menentukan nilai patung itu berharga RM2.7 juta.
"Tertuduh juga seorang Datuk dan dikenali ramai bukan saja warga Negeri Sembilan tapi juga di seluruh Malaysia.
"Pengadu dalam kes itu juga merupakan adik beliau sendiri dan tidak ada seorang pun yang membuat aduan terhadap tertuduh," katanya.
Jelas beliau, prinsip jaminan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh pada setiap hari perbicaraan.
Mahkamah kemudian mengenakan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu menyerahkan pasport ke mahkamah sehingga kes selesai.
Selain itu, tertuduh perlu melapor diri di Balai Polis Lukut pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan dan sebutan semula kes pada 10 November ini. — Sinar Harian