Kes Covid-19 naik semula kepada 8,817 kes, Sarawak kekal paling tinggi


  • Primer
  • Selasa, 05 Okt 2021

SARAWAK masih kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,361 kes.

KES baharu positif Covid-19 pada Selasa direkodkan meningkat sedikit kepada 8,817 kes berbanding 8,075 kes pada Isnin.

Jumlah itu menjadikan angka keseluruhan Covid-19 di Malaysia bertambah kepada 2,294,457 kes setakat ini.

Sarawak masih kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,361 kes disusuli Selangor yang kembali mencatat peningkatan kes sebanyak 1,348 kes manakala Kelantan kekal di kedudukan ketiga dengan 1,063 kes.

Johor kekal mencatatkan rekod kes pada tiga angka dengan 886 kes diikuti Sabah (805), Pahang (696), Pulau Pinang (595), Kedah (576), Perak (473), Terengganu (356), Melaka (246), Kuala Lumpur (217) dan Negeri Sembilan dengan 122 kes.

Perlis masih merekodkan jumlah kes dengan angka dua digit apabila sebanyak 47 kes dilaporkan, begitu juga Putrajaya (23).

Labuan kekal dengan lokasi paling sikit merekodkan penularan dengan tiga kes setakat ini. Majoriti

Covid-19, kes, Malaysia, Sarawak, meningkat