Sekolah dibuka semula, pastikan selamat dan lancar


  • Primer
  • Ahad, 03 Okt 2021

RADZI ketika lawatan di salah satu sekolah di Terengganu bagi membuat pemeriksaan akhir sebelum pembukaan sekolah secara bersemuka bermula Ahad. — Facebook/Radzi Jidin

IBU bapa dan penjaga murid disarankan untuk mengikuti garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan pembukaan semula sekolah berjalan dengan lancar, terutamanya apabila murid tiba di sekolah dan tamat sesi pembelajaran.

“Saya harap pengetua dan guru besar sekolah memastikan sesi persekolahan akan diadakan dengan selamat dan teratur, “ kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di laman Facebook menjelang pembukaan sekolah secara berperingkat mulai Ahad.

Radzi mengadakan lawatan di Kuala Terengganu, Terengganu bagi memeriksa persiapan akhir di sekolah sebelum sesi pembelajaran bersemuka disambung semula.

Sekolah di Terengganu dibenarkan dibuka semula bermula Ahad selaras dengan prosedur di bawah Fasa Tiga Pelan Pemulihan Nasional (PPN).

Dilaporkan, sekolah akan dibuka semula dengan kapasiti 50 peratus bagi setiap kelas mulai Ahad.

Ia akan membabitkan semua sekolah di negeri-negeri di bawah Fasa Tiga dan Empat PPN.

Semasa lawatan di Terengganu, Radzi berkata, beliau memeriksa tujuh sekolah di daerah Hulu Terengganu termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Telemong, Sekolah Menengah Sains (SMS) Hulu Terengganu, Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu dan SMK Seri Berang.

Pada masa sama, beliau juga mengunjungi SMK Tengku Ampuan Intan, SMK Tun Indera dan SMK Ajil.

“Sekolah bersedia untuk memulakan pembelajaran secara bersemuka dengan panduan yang ditetapkan.

“Namun, beberapa perkara perlu ditangani termasuk memastikan pengudaraan yang baik di dalam kelas atau di mana-mana bilik untuk pembelajaran di rumah dan bilik guru.

"Selain itu, kebersihan harus selalu diutamakan oleh semua individu yang menghadiri sekolah," tambahnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

PPN, sekolah, bersemuka