KEJADIAN kebakaran yang melibatkan 50 buah rumah dan kedai di Kampung Cina Karak, di Bentong, Pahang pada Jumaat telah mendapat perhatian MCA yang menghulurkan bantuan kewangan kepada mangsa yang terlibat.
Bekas Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang berada di tempat kejadian pada Sabtu berkata, kehadirannya itu adalah sebagai tanda prihatin dan untuk memberi sokongan moral kepada penduduk kampung yang menjadi mangsa kebakaran.
"Penduduk kampung memberitahu saya mereka panik kerana api marak dengan cepat. Mereka tidak dapat menyelamatkan barang-barang mereka cuma mampu selamatkan nyawa sendiri," katanya.
Tiong Lai memberitahu, MCA telah menubuhkan sebuah jawatankuasa pembangunan semula mangsa kebakaran untuk membantu penduduk kampung, selain melakukan inisiatif meminta bantuan dari pihak pihak kerajaan.
"Saya telah lama mengenali mereka (penduduk kampung)... mereka adalah bekas pengundi saya dan hati saya selalu bersama mereka. Saya sedih melihat keadaan ini apatah lagi mereka juga sedang berdepan dengan kesan pandemik Covid-19.
"Kami juga mohon kepada orang ramai agar boleh memberikan sedikit sumbangan kepada kesemua mangsa," katanya.
Sementera itu, pengasas kempen Bentong Bersama, Wong Siew Mun menganggarkan setiap rumah dan kedai mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM100,000.
Terdahulu, dilaporkan sekurang-kurangnya 48 buah rumah dan lapan kedai musnah dalam kebakaran yang berlaku pada pukul 9.10 malam pada Jumaat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain menyebabkan api merebak dengan begitu pantas.
Beliau berkata, pihaknya masih meneliti punca kebakaran dan jumlah kerosakan akibat kejadian kebakaran itu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram