IPTA perlu patuhi arahan kurangkan 20 peratus yuran


  • Primer
  • Ahad, 03 Okt 2021

NORANI berkata, pengurangan kadar yuran itu bagi mengambil kira keadaan pandemik Covid-19 yang menjejaskan kehidupan masyarakat dari segi ekonomi. — YAP CHEE HONG/The Star

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) mengingatkan semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu mematuhi arahan mengurangkan yuran pengajian sebanyak 20 peratus kepada pelajar bagi semester pertama sesi 2021/2022.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, arahan itu telah dikeluarkan kepada semua IPTA terlibat sebelum ini.

"Langkah ini selaras dengan usaha KPT untuk terus mempertingkat usaha ke arah menjaga kebajikan mahasiswa khususnya di bawah inisiatif #KPTPrihatin," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam kenyataan sama, beliau juga berkata, dalam keadaan pandemik Covid-19 yang banyak menjejaskan kehidupan masyarakat terutama dari segi ekonomi, kenaikan yuran tidak seharusnya berlaku.

Terdahulu, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya menggesa universiti itu memberi maklum balas berhubung isu kenaikan yuran pengajian kepada pelajar baharu sesi 2021/2022.

Ia susulan kenaikan yuran sebanyak 10 hingga 60 peratus yang dikenakan universiti itu dianggap tidak munasabah dalam situasi negara ketika ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram