NEGARA pada Ahad mencatatkan penurunan kes baharu positif Covid-19 di bawah paras 10,000 dengan jumlah sebanyak 9,066 kes.
Jumlah itu menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di negara ini berjumlah 2,277,565.
Sarawak kekal mencatatkan jumlah kes tertinggi pada paras lebih 1,000 kes dengan 1,418 kes diikuti diikuti Selangor (1,000) dan Kelantan (1,288).
Johor menyusul dengan jumlah kes sebanyak tiga angka iaitu 982 kes disusuli Terengganu (827), Kelantan (796), Sabah (767) dan Kedah (670), Perak (669), Pahang (630), Pulau Pinang (620), Melaka (206), Kuala Lumpur (201) dan Negeri Sembilan 191.
Perlis pula merekodkan jumlah kes pada dua angka iaitu 66 kes disusuli Putrajaya 24 kes.
Tiada kes direkodkan di Labuan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram