KERAJAAN akan memperbanyakkan sistem sokongan kepada golongan warga emas bagi memastikan keperluan golongan berkenaan terpelihara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Facebook rasminya berkata, kerajaan juga akan mewujudkan lebih banyak bandar mesra warga emas pada masa akan datang.
"Kerajaan turut merancang untuk memperluas Pusat Warga Emas ke seluruh kawasan Parlimen selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.
"Sehingga hari ini, sebanyak 140 Pusat Warga Emas diwujudkan," jelasnya pada Jumaat.
Ismail Sabri berkata demikian sempena sambutan Hari Warga Emas bertemakan 'Kesaksamaan Digital Merentasi Usia'.
Ujarnya lagi, Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada 2030 apabila 15 peratus daripada jumlah penduduk berumur 60 tahun dan ke atas.
Tambah beliau, Sistem Pendaftaran Warga Emas Nasional akan ditambah baik dan liputannya diperluas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram