
SEBANYAK 10,915 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Sabtu, menurun sedikit berbanding 11,889 kes pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 2,268,499 kes setakat ini.
Sarawak terus merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,121 kes diikuti Selangor (1,386), Kelantan (1,288), Johor (1,124) dan Perak (862).
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan menerusi kenyataannya, penggunaan katil Covid-19 ialah 59 peratus bagi katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 53 peratus katil bukan ICU.
Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 15,396 kes sembuh baharu direkodkan pada Sabtu, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kepada 2,086,111.
Selain itu, sebanyak 888 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 484 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 10 kluster baharu dicatatkan pada Sabtu menjadikan jumlah kluster kepada 5,501. Daripada jumlah berkenaan, hanya 1,044 kluster masih aktif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram