KIRA-KIRA 30,000 penjawat awam yang dikesan belum mendaftar untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat ini diminta segera berbuat demikian bagi membantu usaha kerajaan ke arah mencapai imuniti kelompok sebelum tahun 2022.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat berkata penjawat awam merupakan pelaksana dasar kerajaan sekali gus amat penting untuk mereka mengamalkan dasar itu termasuk berkaitan program vaksinasi negara.
"Kita adalah penjawat awam yang menerima arahan kerajaan dan dasar kerajaan, jadi apabila diarahkan vaksinasi ini kita kena vaksinlah," katanya pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan tiga unit respirator pembersih udara berkuasa (PAPR) kepada Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada Khamis.
Beliau berkata ketua jabatan perlu memainkan peranan penting memberi penjelasan sebaik mungkin mengenai kepentingan mengambil suntikan vaksin.
"Pendekatan yang patut diambil ialah berjumpa dengan semua mereka yang diketahui tidak menerima suntikan vaksin ini dan (ambil) tahu apa masalah mereka di lapangan," katanya.
Timbalan Pengarah Perubatan HSB Dr Siti Norhani Mazrah Khalid pula berkata hampir 400 daripada 1,108 katil di hospital itu digunakan untuk pesakit Covid-19.
Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 44 katil adalah untuk pesakit Covid-19 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram