Guru tak ambil vaksin berdepan tindakan


  • Primer
  • Isnin, 13 Sep 2021

RADZI menegaskan semua petugas di sekolah diwajibkan untuk mengambil vaksin.

KEMENTERIAN Pendidikan dalam perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai tindakan yang akan diambil terhadap guru yang tidak mengambil vaksin Covid-19.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, terdapat dua kumpulan guru yang terlibat, iaitu mereka yang tidak mengambil vaksin atas nasihat doktor kerana alasan kesihatan, dan mereka yang enggan mendapatkan vaksin.

“Buat masa ini, kami sedang memastikan bahawa guru-guru ini tidak mengajar secara bersemuka di sekolah.

"Kami ingin menekankan bahawa ketika kami membuka kembali sekolah, ekosistemnya, secara umum, akan divaksinasi," katanya dalam pengumuman prosedur operasi standard (SOP) baru pada Ahad.

Beliau berkata, guru, staf sokongan sekolah dan anggota kumpulan pelaksana, yang diwajibkan memasuki sekolah, semuanya harus divaksinasi.

Radzi pada Sabtu berkata, seramai 88.56% guru telah menerima dua dos vaksin Covid-19, sementara 97.46% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

"Semua pihak yang ingin bekerja dan memberi perkhidmatan di sekolah harus divaksinasi," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram