Lebih 17 juta rakyat Malaysia lengkap divaksin


  • Primer
  • Rabu, 15 Sep 2021

SEBANYAK 54.1 peratus atau 17,653,079 individu daripada keseluruhan populasi di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam. — Bernama.

SEBANYAK 54.1 peratus atau 17,653,079 individu daripada keseluruhan populasi di negara ini sudah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, setakat Selasa.

Kementerian Kesihatan menerusi perkongsian di https://covidnow.moh.gov.my memaklumkan sebanyak 66.3 peratus atau 21,649,228 individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 243,971 dos vaksin diberikan pada Selasa menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 39,234,306 dos.

Sementara itu, setakat 11.59 malam 14 September, sebanyak 104 kematian sebenar harian COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam, dengan 359 kes kematian tertunggak atau ‘backlog’.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 21,587 kes. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

KKM, vaksin, PICK, COVID-19, kematian,