
SEBANYAK 15,669 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa, menurun sedikit berbanding 16,073 kes yang dicatatkan pada Isnin.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,011,440 kes setakat ini.
Selangor kembali merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,632 kes diikuti Sarawak (1,983), Johor (1,974), Sabah (1,784) dan Pulau Pinang (1,651 ).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh kini 18,053 kes sementara kes import pula 17 kes melibatkan tujuh warganegara dan 10 bukan warganegara.
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula 1,266 kes manakala kes memerlukan bantuan pernafasan iaitu 689 kes melibatkan 29 kluster baharu dan 1,448 kluster yang masih aktif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram