Remaja bawah umur anjur parti liar malam Jumaat dicekup


  • 112
  • Sabtu, 11 Sep 2021

SEMBILAN remaja termasuk dua remaja perempuan ditahan dipercayai mengadakan 'private party' dalam serbuan itu pada malam Jumaat - Sinar Harian

SEORANG remaja berusia 17 tahun antara 17 individu yang ditahan kerana menganjurkan ‘private party’ di sebuah kondominium di Persiaran Sungai Melaka pada malam Jumaat.

Kesemua yang ditahan berusia 17 hingga 35 tahun dan polis turut menjumpai botol minuman keras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, Ops Noda itu dijalankan pada jam 11 malam dan unit berkenaan dikatakan disewa pada kadar RM450 semalaman.

"Hasil daripada serbuan itu, seramai sembilan remaja termasuk dua remaja perempuan ditahan manakala serbuan di sebuah unit kediaman lain menahan lapan lelaki yang turut berhibur.

"Ujian saringan air kencing dijalankan mendapati, seorang individu berusia 19 tahun positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan.

Pihak polis juga turut merampas beberapa peralatan yang digunakan untuk tujuan penganjuran parti berkenaan.

Kesemua yang ditahan dikompaun di bawah Peraturan 16 PU(A) 293 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDBP) (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021. - Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

parti, melaka, ops noda