Kecewa guru tadika sering dipandang rendah


  • Tular
  • Ahad, 05 Sep 2021

GURU tadika merupakan insan yang mendidik anak bangsa di peringkat awal. — The Star

JASA seorang guru tadika sering kali dilupakan meskipun mereka merupakan insan yang bertanggungjawab dalam pembangunan anak bangsa di peringkat umur yang sensitif.

Berikut merupakan pendapat yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Twitter, @MHaffizJ yang menjadi tular serta mendapat perhatian ramai warga netizen.

Dalam ciapan itu, Haffiz juga menyatakan bahawa guru tadika juga adalah golongan yang dibayar dengan gaji yang rendah dan tidak dibiayai dengan dana yang mencukupi.



HAFFIZ berpendapat bahawa guru tadika dipandang rendah dan diberi gaji yang kecil. — Twitter

Dia berkongsi pandangan itu untuk menjawab satu persoalan yang ditimbulkan menerusi hantaran oleh seorang pemilik @Iamkanahraf pada Jumaat.

Soalan yang dikemukakan adalah apakah profesion yang paling dipandang rendah dalam segala aspek terutama di Malaysia?

Perkongsian itu mendapat perhatian lebih 15,000 netizen yang memberi tanda suka. Ia juga dikongsi semua sebanyak lebih 11,000 kali.

Ramai warga netizen yang bersetuju dengan pendapat berkenaan dan turut berkongsi cerita zaman tadika serta memberi pujian terhadap profesion itu.

Seorang pemilik akaun, @hanabiaaaaa pula berkongsi bahawa dia juga mempunyai diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan bersetuju dengan situasi guru tadika yang tidak dihargai.

Tulisnya, guru tadika adalah profesyen yang paling sedih dan dipandang rendah sedangkan mereka yang mendidik anak bangsa sehingga pandai di peringkat awal.

"Saya ada diploma pendidikan awal kanak-kanak and ya cikgu tadika la paling sedih dan paling orang pandang rendah sebab jadi cikgu tadika je. Mereka lupa anak mereka pandai sampai sekarang adalah hasil dari didikan cikgu tadika," komennya.

Pemilik akaun @farahmazlin juga menyatakan dalam komen bahawa guru tadika dibayar gaji rendah.

Jelasnya, guru tadika bekerja dari 7 pagi hingga 6.30 petang dan hanya dibayar RM1,100 sahaja.

"Betul, gaji rendah. kerja dari 7 sampai 6.30 gaji 1100 malah, ada diploma pun. Sedih betul sampai rasa macam nak berhenti kerja sebab rasa kerja lama gaji tak cukup, penat lagi," luahnya.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Guru tadika, jasa, dilupakan