Bayi cukup sifat dalam beg plastik IKEA


  • 112
  • Khamis, 02 Sep 2021

BAYI itu ditemukan di depan sebuah rumah yang diletakkan dalam beg plastik IKEA. — Facebook

KAMPUNG Sungai Penchala Taman Tun Dr Ismail dikejutkan dengan penemuan seorang bayi lelaki cukup sifat yang ditinggalkan di depan sebuah rumah penduduk.

Bayi malang berkenaan ditemukan dalam beg plastik IKEA oleh orang awam yang kemudiannya melaporkan kejadin itu pukul 9.15 pagi.pihak polisetakkan dalam sebuah beg plastik dan pelakunya masih belum dalam dikenalpasti.

Timbalan Ketua Polis Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, pihaknya mengerahkan anggota ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat itu.

"Bayi dalam keadaan cukup sifat itu dijumpai di sebuah beg plastik yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan," katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.

Pihak polis kemudiannya dihantar bayi berkenaan ke ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur untuk menjalani ujian dan pemeriksaan kesihatan.

Basri berkata, ekoran penemuan itu, pihaknya kini sudah pun membuka kertas siasatan dan turut meminta orang awam supaya tampil menyalurkan maklumat.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran," katanya.

"Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. – Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bayi, Basri, Polis Brickfields