
DUA pencuri berjaya membawa lari seekor ayam betina dengan memikatnya menggunakan ayam jantan dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Indonesia.
Rakaman yang mula tular sejak Selasa itu menunjukkan, terdapat sebuah reban ayam yang berada di pinggiran jalan sebuah kampung.
Ketika keadaan jalan mulai lengang, muncul dua individu yang menunggang motosikal melalui kawasan terbabit.
Turut dilihat dalam rakaman, pemilik motosikal itu mengendong seekor ayam jantan hitam.
Tidak lama kemudian, salah seorang suspek turun dari motornya dan menghulurkan ayam jantan yang dibawa ke arah seekor ayam betina yang berada di jalanan.
Dalam beberapa saat sahaja, pencuri terbabit berjaya memikat ayam betina itu untuk terbang ke arahnya dan pelaku itu bergegas menaiki motosikal semula.
Pelaku dilihat berjaya membawa lari ayam betina berwarna putih itu sebelum berlalu pergi meninggalkan tempat kejadian.
Bagaimanapun, suspek bertindak dengan menggunakan motosikal yang tiada nombor plat di bahagian hadapan bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa Indonesia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat kejadian mencuri ayam dengan menggunakan ayam lain.
"Ayam betina itu jatuh cinta lihat ayam jantan datang tiba-tiba," kata Anthony_tanu.
"Bukan main ayam betina ini, datang ayam jantan terus biarkan sahaja ditangkap," kata Nenniyar.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Indonesia berhubung isu itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram