SEORANG lelaki berdepan detik cemas ketika dia nyaris maut dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian yang terjadi di Adana, Turki pada Jumaat.
Rakaman berdurasi 49 saat itu memaparkan sebuah kereta berwarna putih hampir melanggar lelaki tersebut, Cengiz, 24, yang sedang tidur di sofa.
Cengiz berkata, pada masa kejadian, dia tidur di hadapan sebuah klinik gigi kerana berada dalam keadaan sakit.
Secara tiba-tiba, sebuah kereta terbabas lalu merempuh sofa tempat dia berbaring.
"Saya sedang tidur, tiba-tiba sofa itu bergegar dan saya terkejut melihat saya dilanggar oleh sebuah kereta.
"Apabila saya lihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu, saya hampir mati, betapa bertuahnya saya, tuhan selamatkan saya," katanya.
Pemandu itu dipercayai hilang kawalan pada stereng sebelum merempuh sofa tersebut.
Rakaman turut dilihat, tingkap pada klinik gigi itu pecah akibat kemalangan itu.
Selepas kejadian, orang awam yang berada di tempat itu melaporkan kepada pihak polis dan menanti kehadiran pihak polis ke tempat itu.
Sebaik sahaja mendengar perkataan polis, pemandu kereta itu memberi alasan bahawa dia ingin mengalihkan kenderaannya.
Namun, suspek mengambil kesempatan melarikan diri dengan laju sejurus masuk ke dalam keretanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram