[VIDEO] Hilang nikmat buang air secara normal lebih setahun, wanita UK alami sindrom penyakit pelik


  • Benua
  • Ahad, 26 Mac 2023

Elle perlu menggunakan katerer untuk membuang air kecil selama lebih setahun.

SEORANG wanita yang tidak dapat membuang air kecil selama lebih dari setahun akhirnya disahkan menghidap penyakit jarang berlaku.

Elle Adams, 30, dari Bow, Timur London, United Kingdom (UK) mulanya menyedari sesuatu yang pelik apabila bangun pada Oktober 2020 dan mendapati tidak boleh membuang air kecil walaupun tubuhnya dirasakan perlu melakukan proses tersebut.

Dia kemudiannya pergi ke Hospital St Thomas, London dan doktor mendapati Elle mempunyai satu liter air kencing dalam pundi kencingnya.

Kebiasaannya, pundi kencing wanita mampu menampung sehingga 500 mililiter (ml) cecair berkenaan dan pundi kencing lelaki pula 700 ml.

Doktor kemudiannya memasangkannya dengan kateter kecemasan iaitu tiub untuk mengalirkan air kencing daripada pundi kencing.

Elle kemudiannya diajar cara membuat kateter sendiri dan terus menggunakan alat itu untuk membuang air kecil selama lebih setahun.

Empat belas bulan kemudian, iaitu pada pada Disember 2021, Elle didiagnosis dengan sindrom Fowler, iaitu satu keadaan apabila seseorang individu tidak berupaya untuk membuang air secara normal.

WhatsApp Image 2023-03-26 at 5.57.13 PM

Elle menjalani prosedur rangsangan saraf sakral pada Januari tahun ini, iaitu satu-satunya pilihan rawatan yang dimiliki untuk sindorm berkenaan.

Dia diberi amaran bahawa dirinya mungkin perlu membuang air kecil menggunakan kateter sepanjang hayatnya.

"Saya sangat sihat. Saya tidak mempunyai masalah lain. Saya bangun pada suatu hari dan saya tidak boleh membuang air kecil. Saya sangat bimbang. Saya berada pada tahap yang sangat buruk dan hidup saya berubah sepenuhnya," katanya dipetik oleh Metro.

Satu-satunya pilihan rawatan yang dimiliknya adalah melalui prosedur rangsangan saraf sakral, yang berupaya merangsang otot usus seseorang.

Elle menjalani prosedur itu pada Januari tahun ini.

Menurutnya, meskipun keputusan itu tidak merawat sepenuhnya keadaan dialami, dia kini kurang bergantung sebanyak kira-kira 50 peratus penggunaannya kepada kateter.

"Ia telah menjadikan hidup saya lebih mudah, selepas dua tahun, itu sahaja yang boleh saya minta."

Dia menambah, "Saya tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan saya sebelum ini, ia sangat meletihkan, dan ia menyukarkan kehidupan saya dan amat perit membayangkan perkara itu akan berlaku selama-lamanya.

"Sekarang saya boleh menangis sendiri - ia masih sukar, tetapi jauh lebih baik daripada sebelumnya," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram