BENDAHARI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Salleh Bajuri direman dua hari untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan membabitkan akaun parti tersebut, dedah sumber.
Sumber itu berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahannya pada Rabu dan membuat permohonan reman pada Selasa di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur.
"Ini adalah penganiayaan politik semata-mata oleh mereka yang berniat mencemarkan Bersatu dan Perikatan Nasional. Reman tamat esok (Khamis) dan dia sepatutnya dibebaskan esok. Bagaimanapun, kami diberitahu SPRM sedang cuba mendapatkan reman lagi untuk beberapa hari lagi," kata sumber itu.— The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram