Wanita 'naik hantu' ganyang kanak-kanak lelaki selama 30 minit


  • Benua
  • Sabtu, 17 Sep 2022

Tangkap layar wanita itu dilihat memukul, menampar dan mengheret seorang kanak-kanak.

SEORANG wanita dirakam kamera berulang kali memukul dan menampar seorang kanak-kanak di Kompleks Renang Hougang, Singapura.

Insiden itu berlaku pada Rabu selama 30 minit, antara pukul 4.30 petang hingga 5.30 petang.

Menurutnya pengguna yang memuat naik video berkenaan, wanita itu dilihat memukul, menampar dan menengking seorang kanak-kanak lelaki.

"Wanita itu menampar kanak-kanak itu. Dia mengamuk dengan menarik, menyeret dan menamparnya.

“Kanak-kanak itu terbaring akibat menangis dan dipukul, tetapi pukulan itu tetap sahaja dilakukan oleh wanita itu tanpa rasa bersalah,” katanya.

Jeritan wanita dan tangisan kanak-kanak itu boleh didengari dengan jelas dari video berkenaan.

Rakaman wanita itu memukul dan menampar seorang kanak-kanak itu.

Dalam video tersebut juga kelihatan seorang lagi kanak-kanak lelaki yang difahamkan merupakan abang kepada budak lelaki itu.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada wanita itu merupakan ibu atau penjaga kanak-kanak tersebut.

Individu yang merakam video itu, melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak tersebut serta rasa bersalah atas kurangnya bantuan dan keprihatinan dari orang sekeliling terhadap insiden berkenaan.

"Malangnya, ramai di antara kami hanya memerhati termasuk anggota penyelamat. Kami berada kira-kira empat meter di seberang kolam, tetapi kami dapat mendengar bunyi tamparan. Tiada siapa yang berani untuk campur tangan.

"Akhirnya, wanita itu menarik budak kecil yang sudah lemah itu dan memaksanya berjalan ke tandas. Saya tidak dapat merakam lebih lanjut kerana saya juga ada anak kecil,” kata wanita yang memuat naik video berkenaan.

Pengguna media sosial itu tidak membuat laporan polis namun berasa menyesal kerana tidak dapat membantu kanak-kanak lelaki tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram