Pelakon wanita terkenal dakwa diserang secara seksual oleh pegawai polis


  • Benua
  • Jumaat, 05 Ogos 2022

Jaibua Hidding (kiri) yang ditemani peguamnya membuat laporan di Balai Polis Kannayao, Bangkok. — Agensi

SEORANG pelakon wanita Thailand berusia 25 tahun memfailkan aduan kepada pihak polis yang mendakwa dia diserang secara seksual oleh seorang pegawai berkuasa ketika tidur di rumah rakannya di Bangkok, Thailand.

Jaibua Hidding yang ditemani peguamnya ke Balai Polis Kannayao untuk memfailkan aduan terhadap seorang inspektor polis dari Balai Polis Bang Plad di Bangkok.

Peguamnya, Sittha Biabangkerd mengatakan tersebut kejadian berlaku pada Isnin (1 Ogos 2022) yang mana ketika itu mangsa dan rakan-rakannya mabuk selepas pulang dari sebuah bar di kawasan Ramintra di Bangkok.

Namun, parti mereka bersambung di rumah rakan lain iaitu kawasan Kannayao pada kira-kira pukul 3 pagi dan suspek juga tetamu dalam acara berkenaan.

Jaibua tertidur di atas sofa tetapi terjaga pada pukul 9 pagi dan mendapati pegawai polis itu sedang menyentuh badan dan payudaranya.

Pelakon itu segera membangunkan rakan-rakannya dari tidur dan mengajak mereka keluar dari rumah itu.

Pegawai polis itu cuba menghubungi Jaibua untuk meminta maaf tetapi dia berkeras untuk melaporkan serangan itu kepada polis.

Superintendan Balai Polis Kannayao, Narain Khengsanook, melaporkan bahawa mereka akan menyoal mangsa dengan lebih terperinci dan memanggil inspektor polis itu untuk sesi soal siasat.

Bagaimanpun, nama tertuduh masih belum didedahkan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram