PENDUDUK Dusun Jirak di Kampung Gayung, Kalimantan Barat, Indonesia gempar selepas seorang lelaki mengamuk dan bertindak membunuh mentuanya.
Suspek dikenali sebagai Logang sudah ditahan di Ibu Pejabat Polis Selakau untuk siasatan lanjut.
Menurut maklumat polis, kejadian berdarah itu bermula angkara pertengkaran suspek dengan dengan ibu mentuanya, Dare.
Bapa mentuanya yang dikenali jiran tetangga dengan panggilan Long Badus, cuba masuk campur dengan menegur suspek selepas menyaksikan kekecohan tersebut.
Bagaimanapun, suspek enggan menerima nasihat sebelum mengambil parang tajam dan mengejar ibu mentuanya.
Penduduk Kampung Gayung gempar selepas seorang lelaki mengamuk dan bertindak membunuh mentuanya. — Agensi
Menyaksikan isterinya dikejar suspek, lelaki terbabit segera campur tangan namun suspek bertindak agresif dan menetaknya sehingga mati. Mangsa mengalami luka parah di leher.
Ibu mentuanya pula mengalami kecederaan parah selepas ditetak di belakang badan.
Selepas menetak mangsa, suspek kemudian melarikan diri ke sawah di belakang rumahnya dengan hanya memakai seluar dalam. Dia bagaimanapun dapat ditahan polis kira-kira 10 kilometer dari tempat kejadian.
"Polis percaya motif pembunuhan ialah masalah keluarga dan kewangan," kata Ketua Polis Sambas, Ajun Komisaris Laba Meliala seperti dipetik INews.com pada Khamis.
Suspek akan didakwa mengikut Perkara 338 Kanun Jenayah dengan hukuman penjara seumur hidup. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram