Pelajar universiti sanggup rompak kedai emas tampung bisnes ganja


  • Benua
  • Rabu, 03 Ogos 2022

SEORANG pelajar universiti berkaki tempang menggunakan pistol palsu untuk merompak rantai emas bernilai 150,000 baht (RM18,432) di di sebuah kedai emas di wilayah Isaan, mengaku bersalah semata-mata untuk membiayai perniagaan tanaman ganja.

Pornthep, 24 tahun merompak kedai emas itu dengan mengacukan senjata di Jalan Chom Pon, Daerah Thesaban Nakhon Ratchasima. Pemuda berkenaan berjaya melarikan lima rantai emas seberat kira-kira 75 gram.

Kamera keselamatan kedai itu sempat merakam insiden rompakan tersebut yang melihatkan Pornthep masuk ke dalam kedai emas itu dengan memakai jaket hitam dan topi keledar.

Berdasarkan rakaman, beliau menarik picu pistol lalu mengugut kakitangan kedai dan memasukkan rantai ke dalam beg yang dibawanya.

Pencuri berkenaan melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan di luar kedai yang kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan berhampiran hutan.

Pegawai dari Balai Polis Mueng Nakhon Ratchasima berjaya menjejaki pencuri itu melalui rakaman CCTV berhampiran tempat motosikal itu ditinggalkan. Polis turut mendedahkan pelajar itu mencuri motosikal daripada seorang penduduk yang tinggal di Mukim Hua Talay, Daerah Mueng.

Usaha memburu suspek berhasil apabila dia ditahan di sebuah asrama berhampiran universiti terkenal di Nakhon Ratchasima.

Pornthep mengaku dia menggunakan pistol palsu untuk mengugut kakitangan kedai emas dan mencuri rantai tersebut. Tambahnya, dia menanam rantai tersebut di ladang ubi kayu berhampiran asramanya dan berpura-pura mempunyai kaki tempang bagi menyembunyikan identitinya.

Pelajar itu juga mengaku motif di sebalik rompakan itu adalah supaya dia boleh melabur dalam perniagaan tumbuhan ganja.

Polis memulangkan rantai emas itu ke kedai berkenaan tetapi masih belum memutuskan pertuduhan yang akan dikenakan kepada pencuri itu. — Agensi

Ganja, Rompakan, Barang Kemas