Ibu bapa bercerai, budak 4 tahun dijaga nenek ditemui mati lemas


  • Benua
  • Ahad, 17 Jul 2022

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan mati lemas di Sungai Krueng Cut Lam Cot, Aceh Besar, pada Jumaat. — Agensi

SEORANG budak lelaki berusia empat tahun ditemukan mati di pinggir Sungai Krueng Cut Lam Cot dalam kejadian di Gampong Lam Cot, Mukim Lamjampok, Daerah Want Jaya, Aceh Besar, Indonesia.

Sebelum itu, mangsa, Muhammad Amar Qais dilaporkan hilang oleh neneknya pada Khamis, tengah hari.

"Kira-kira pukul 9 malam, mangsa ditemukan meninggal dunia dengan dilitupi rumput di pinggir sungai,” kata Ketua Polis Want Jaya, Ipda Adlin pada Jumaat (15 Julai 2022).

Seorang saksi berkata, mangsa pergi ke Sungai Krueng Cut Lam Cot tanpa disedari oleh neneknya.

Kira-kira pukul 7 malam, nenek mangsa mula berasa risau kerana si cucu belum pulang ke rumah sebelum meminta bantuan penduduk untuk mencarinya.

Penduduk kemudian menemukan pakaian di tebing sungai dan mengesyaki mangsa mungkin lemas.

Setelah melakukan pencarian di tebing sungai, mangsa akhirnya ditemui sebelum dibawa ke rumah neneknya.

Mangsa dibesarkan oleh neneknya kerana ibu bapanya bercerai sejak dua tahun lalu. Keluarga itu menerima kematian mangsa dan menolak bedah siasat.

“Bapa mangsa tinggal di Batoh dan ibu mangsa di Sabang,” kata ketua polis itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram