RANCANGAN untuk melakukan acara korban sempena perayaan Aidiladha, Ahad lalu terpaksa dibatalkan apabila lembu dan kambing yang dipesan warga jemaah Masjid Baitul Jannah di Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia tidak sampai seperti yang dijanjikan.
Ketiadaan lima ekor lembu dan seekor kambing yang telah dipesan dari seorang penternak bernama Aldi tersebut menyebabkan penduduk terpaksa berputih mata dan membatalkan niat untuk melakukan ibadah korban mereka.
"Kami merasa tertipu. Lima ekor lembu dan seekor kambing yang kami pesan daripada seorang penternak bernama Adli tidak kunjung tiba. Sekarang kami telah rugi lebih Rp 100 juta (RM29,552)," jelas Ketua Jawatankuasa Korban Masjid Baitul Jannah, M. Zadry.
Lima ekor lembu dan seekor kambing tersebut merupakan hasil sumbangan korban dari 36 orang penduduk setempat dengan 350 kupon korban telahpun diagih bagi tuntutan daging korban.
Menurut Zadry, pemesanan sudah dilakukan sejak sebulan lalu dan semua urusan pembayaran telah dibuat dengan setiap peserta dicaj sebanyak Rp 2.8 juta (RM828).
Tambahnya lagi, penternak tersebut didapati melakukan hal yang kepada warga Masjid di Koto Dalam, Pulai Anak Air.
"Kami mendapat makluman bahawa terdapat sekitar lima masjid termasuk kami yang mengalami hal sama. Jika Aldi terus berdiam diri, kami akan akan melaporkan hal ini ke polis,"katanya.—Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram