Tragedi berdarah, 3 maut insiden tembakan di pusat beli-belah


  • Benua
  • Isnin, 04 Jul 2022

Beberapa anggota polis dan ambulans berada di lokasi kejadian tembakan di pusat beli-belah Field, selatan Copenhagen, Denmark pada Ahad. — Agensi

SEORANG pemuda bersenjata menembak mati tiga orang dan mencederakan yang lain, tiga daripada mereka kritikal di sebuah pusat beli-belah di Denmark pada Ahad, kata jurucakap pihak polis.

Seorang lelaki berusia 22 tahun ditangkap dan didakwa atas serangan itu yang mencetuskan panik dalam kalangan pembeli di pusat beli-belah Field di selatan Copenhagen, Denmark.

Ketua Polis Copenhagen, Soeren Thomassen berkata, motif kejadian tidak jelas dan beliau tidak menolak ia mempunyai kaitan dengan keganasan.

Beliau juga menyatakan lelaki yang disyaki sebagai penembak itu berasal dari Denmark.

Perdana Menteri, Mette Frederiksen berkata, Denmark mengalami serangan kejam.

Pusat beli-belah Field yang menjadi lokasi tembakan tersebut mempunyai lebih 140 kedai dan restoran.

Seorang saksi berkata, dalam kejadian itu, suasana panik berlaku dalam kalangan pembeli ketika tembakan kedengaran.

Seorang lagi saksi, Mahdi Al-Wazni, memberitahu TV2 bahawa penembak itu membawa senapang memburu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Denmark, Copenhagen, tembakan, pasar raya, mangsa