BEBERAPA syarikat Jepun menggantung operasi mereka di Ukraine berikutan operasi ketenteraan Rusia di negara itu, lapor Sputnik.
Menurut akhbar Nikkei pada Jumaat, pengeluar kereta Toyota menggantung operasi syarikat pengedarnya selama dua hari, mulai Khamis.
Di samping itu, syarikat elektronik Makita Corporation turut menghentikan aktiviti, diikuti Japan Tobacco.
Sebanyak 57 syarikat Jepun mempunyai cawangan di Ukraine, dan 28 daripadanya terlibat dalam sektor pengeluaran.
Beberapa syarikat, termasuk Sumitomo Corp, Itochu dan Marubeni, telah memindahkan pekerja mereka ke Jepun atau ke negara yang berjiran dengan Ukraine.
Rusia pada Khamis melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine selepas republik Donetsk dan Luhansk meminta bantuan Kremlin.
Tindakan itu mencetuskan tindak balas dari Barat, dengan memperhebatkan sekatan ekonomi terhadap Rusia. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram