California tamat arahan pemakaian pelitup muka 15 Februari


  • Benua
  • Selasa, 08 Feb 2022

CALIFORNIA tamat arahan pemakaian pelitup muka pada 15 Februari depan.

DI kala kebanyakan negara lain merekodkan peningkatan kes, California, Amerika Syarikat pula bakal menamatkan arahan pemakaian pelitup muka pada 15 Februari ini berikutan penurunan kes Covid-19, lapor Sputnik.

"Kadar kes California menurun sebanyak 65 peratus sejak kemuncak Omicron. Kemasukan ke hospital di seluruh negeri juga stabil.

"Tempoh keperluan pelitup muka di seluruh negeri akan tamat pada 15 Februari," kata Gabenor Gavin Newsom pada hari Isnin menerusi ciapan di Twitter.

Newsom dalam tweet itu juga menggalakkan warga California untuk mendapatkan vaksin dan meningkatkan daya tahan terhadap Covid-19.

California pada Disember menjadi negeri pertama yang merekodkan lebih lima juta kes Covid-19 disebabkan penularan pantas varian Omicron. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

pelitup muka, sop, arahan, amerika syarikat