Guru ditahan kes bunuh, kerat, tanam kanak-kanak lima tahun


  • Benua
  • Jumaat, 21 Jan 2022

PENCULIK ditangkap di sekitar Jalan Zaria di Kano malam Khamis ketika cuba mengambil baki wang tebusan. — Agensi

SEORANG lelaki ditahan polis kerana menculik dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di sebuah sekolah swasta di Kano, Nigeria.

Suspek, Abdulmalik Tanko ditahan kerana disyaki membunuh Hanifa walaupun sudah mengambil wang tebusan sebanyak berjumlah RM60,917.

Hanifa dikatakan dibunuh di sekolah tersebut dan mayatnya dikerat sebelum ditanam di lokasi sama.

Tanko yang juga merupakan guru sekolah Hanifa dikatakan membunuh anak muridnya kerana kanak-kanak itu sudah mengenalinya.

Bapa saudara Hanifa, Suraj Suleiman, mengesahkan perkara itu ketika ditemui media tempatan semasa mahu menuntut mayat anak saudaranya di sekolah swasta itu di Tudunwada, Kano.

Menurutnya, penculik awalnya membawa Hanifa kepada isterinya, tetapi wanita itu enggan menyorokkan kanak-kanak itu

"Selepas isterinya menolak untuk menyembunyikan Hanifa, dia membawanya ke Tudunwada di mana dia bekerja di sebuah sekolah swasta dan kemudian memberikan kanak-kanak itu teh yang dimasukkan racun tikus.

"Selepas Hanifa diracun hingga mati, penculik kemudian memotong mayatnya dan menanamnya di sekitar kawasan sekolah," katanya.

Difahamkan, penculik ditangkap di sekitar Jalan Zaria di Kano malam Khamis ketika cuba mengambil baki wang tebusan.

Hanifa diculik pada 4 Disember 2021 oleh Tanko yang menemui dan menawarkan kanak-kanak itu untuk menaiki basikal roda tiga yang dibawa bersamanya.

Kejadian itu berlaku pada waktu petang ketika Hanifa dan kanak-kanak kejiranan lain pulang dari sebuah sekolah Islam. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bunuh, kanak-kanak, nigeria, hanifa, tanko, sekolah, murid