Lima terkorban rumah orang tua terbakar


  • Benua
  • Rabu, 19 Jan 2022

APABILA anggota bomba tiba di lokasi kejadian, api telah merebak hingga memusnahkan satu bahagian sayap bangunan. — Agensi

LIMA maut dan beberapa lagi cedera dalam kejadian kebakaran di rumah penjagaan warga emas di bandar Valencia, timur Sepanyol pada Rabu, lapor media tempatan memetik kenyataan perkhidmatan kecemasan.

Menerusi ciapan Twitter anggota bomba tempatan, lima mangsa dilaporkan terkorban dan 11 lagi dibawa ke hospital akibat terhidu asap, manakala 70 penghuni lain terpaksa dipindahkan, lapor Xinhua.

Apabila anggota bomba tiba di lokasi kejadian, api telah merebak hingga memusnahkan satu bahagian sayap bangunan, lapor agensi berita Sepanyol, EFE.

Kebakaran berjaya dikawal sekitar 1.20 pagi (0020 GMT) pada Rabu, katanya.

Menurut media tempatan, siasatan awal mendapati kejadian litar pintas dalam unit oksigen mungkin menjadi punca kebakaran. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Sepanyol, kebakaran, kematian